Sunday, February 28, 2010

Dah lama terbuku rasanya. Kali ni rasa mahu burst out menggila. Serius, kenapa??!! Dunia kini telah merabunkan hati nurani manusia sekarang. Kenapa si kecil Syafiah baru berumur 3 tahun diperlakukan seperti objek. Berimaginasi sebentar.. Andai si bapa tak ber'akad' dan berakal tu di depan mata, selayaknya digilis dengan tayar lori bawa ternakan ayam.

Tidak adil bagi si kecil itu untuk tidak melayari kehidupan dengan sangat sebentar. Dia masih punya peluang untuk sama2 duduk di bangku dan meja sekolah untuk kenali huruf dan nombor, bermain2 dengan rakan2 sebaya semasa waktu pendidikan jasmani, petang ke kelas kafa, sehinggalah berjaya hingga ke menara gading. Setidak2nya pon, punya peluang berjaya di dunia menjadi orang yang baik berguna dan berjaya di akhirat sebagai hambaNya yang soleh.

Rapuhnya iman.. Bersekedudukan si ibu dengan si drebar teksi keparat dan sedang menghamilkan seorang lagi hasil 'keberjayaan bersama' si ibu dengan si drebar kambeng itu. Pedihnya hulu hati ini mengenangkan nasib anak2 mereka yang lain. Di mana mahu mereka bergantungan harapan dan impian manis dengan keadaan keluarga tunggang langgang begini?

Senang citer, jangan sekali2 try cuba test berkahwin kalau dalaman dan luaran diri tak 'siap' lagi. Think about the child growth & their environments. I know, Im not the one who really deserve to speak up about this, cuma Im saying it through my lonnnnnngg observations. Not a really good observe tapi memadai untuk protect diri dari kenal rapat orang2 yang punya potensi jadi macam si drebar kambeng hanyir itu.

End of writing, hati penuh amarah sedikit sebanyak mendekatkan diri dengan syaitan laknatullah.. Astaghfirullah al azim.. But somehow, deep inside me how I feel grateful to Allah for giving me mama ayah & sisters who complete me in any how, in any circumstances. Moga sentiasa dirahmati keluarga kami, aminn~


Wednesday, February 24, 2010



Honest narative about Malays.. Patut baca.. And for me, I should read more books after this. Entertaining instead widen our understanding about the life facts. How me as Malay sometimes can be so fragile and act such a loser in some circumstances. But still, such a good lesson can be gain from it. Nak pinjam? ;P


About josei & shookyokuteki

Oh seriously, its not easy being positive always. Our thinking and thoughts has been blend by our very own experience that surely cant be the same like others. How relevant it is to do 'things' by a typical 'mechanism'. Done just to make some peoples to feel relieves on some of our acts, but then the results come not really well like they expects. At this point, nothing else be needed more than a supports, not a frustrated expression in vary ways..
At this point to, be close to our creator is the best way to do. Tapi itulah, masa rasa susah macam baru terhegeh2 melebih2kan ibadat. Kadang2 rasa, our child period us the best period ever. Bukan sebab masa kecil2 dulu takyah fikir masalah (minor reason act, -_-") tapi masa kecil adalah masa di mana all the knowledge easily be absorb, macam span taruk dalam air. Absorb then practice it with high curious feeling and spirit. Macam mula2 belajar untuk solat dan mengaji muqadam. Such an euphoric feelings bila rasa macam dah terel, dan dewasa bila mama ayah kata pandai dah tak payah mama ayah tengok2 kan lagi *cloud9*

Da merapek dah.. Bawah ni, poem pada yang mahu jadi wanita solehah. It got the best woman idol in Islam history. May we always be in the same path like them, insyaAllah..

-:: Lembaran Hidup Wanita Solehah ::-

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bau wanginya pusara Masyitah...

Thursday, February 11, 2010

:: ADA ::

Tahukah dirimu, kawan?
Dalam serpih- serpih cahaya
Dan gerak halus benda- benda
Tersimpan rahsia
Mengapa kita ini ada

~Andrea Hirata~
:: Maryamah Karpov ::



Tuesday, February 9, 2010

Aku bukanlah si misteri siapa2
Aku ini tipikal saja2
Mudah dipredikasi orang

Mudah bicara selembut deras haluan sungai
Salah bicara terasa kawan

Akulah si Minah Potpet itu
Potpetku kosong, meaningless
Potpetku persis Doraemon
Gelak tawa objektif bicara
Bukan ilmiah, bukan untuk kesedaran..

Jarang serius
Kerana seriusku mengundang cela
Seriusku berbalam- balam benci
Tapi pedulikan apa semua cela benci mereka
Adanya waktu aku rasa senang begini

Yakin pasti ada menyayangi
Tika dunia cerca dan mendinaku

Terima kasih ya Allah
Kau adakan perasaan
Sayang cinta keluarga dan rakan2
Cinta yang paling utuh
Lebih stainless dari besi terbaik dunia

Ingatkan diriku
Untuk bersyukur sentiasa kerana itu..
Alhamdulillah (.^,^.)

-NSR,
100210,
Lot10 Saga Hill Ampang-

Thursday, February 4, 2010