Sunday, February 28, 2010

Dah lama terbuku rasanya. Kali ni rasa mahu burst out menggila. Serius, kenapa??!! Dunia kini telah merabunkan hati nurani manusia sekarang. Kenapa si kecil Syafiah baru berumur 3 tahun diperlakukan seperti objek. Berimaginasi sebentar.. Andai si bapa tak ber'akad' dan berakal tu di depan mata, selayaknya digilis dengan tayar lori bawa ternakan ayam.

Tidak adil bagi si kecil itu untuk tidak melayari kehidupan dengan sangat sebentar. Dia masih punya peluang untuk sama2 duduk di bangku dan meja sekolah untuk kenali huruf dan nombor, bermain2 dengan rakan2 sebaya semasa waktu pendidikan jasmani, petang ke kelas kafa, sehinggalah berjaya hingga ke menara gading. Setidak2nya pon, punya peluang berjaya di dunia menjadi orang yang baik berguna dan berjaya di akhirat sebagai hambaNya yang soleh.

Rapuhnya iman.. Bersekedudukan si ibu dengan si drebar teksi keparat dan sedang menghamilkan seorang lagi hasil 'keberjayaan bersama' si ibu dengan si drebar kambeng itu. Pedihnya hulu hati ini mengenangkan nasib anak2 mereka yang lain. Di mana mahu mereka bergantungan harapan dan impian manis dengan keadaan keluarga tunggang langgang begini?

Senang citer, jangan sekali2 try cuba test berkahwin kalau dalaman dan luaran diri tak 'siap' lagi. Think about the child growth & their environments. I know, Im not the one who really deserve to speak up about this, cuma Im saying it through my lonnnnnngg observations. Not a really good observe tapi memadai untuk protect diri dari kenal rapat orang2 yang punya potensi jadi macam si drebar kambeng hanyir itu.

End of writing, hati penuh amarah sedikit sebanyak mendekatkan diri dengan syaitan laknatullah.. Astaghfirullah al azim.. But somehow, deep inside me how I feel grateful to Allah for giving me mama ayah & sisters who complete me in any how, in any circumstances. Moga sentiasa dirahmati keluarga kami, aminn~


1 comment:

al-mankaraqi said...

satu lagi episod malang........