Thursday, August 26, 2010


Pelik kan bila orang lebih sebaya @ lebih tua dari kita yang dah beranak pinak tak puasa. Dan part paling 'best' bila orang2 berkenaan memain mainkan orang yang berpuasa, memain mainkan ajakan orang lain untuk sama bersolat jemaah. Takut.. Takut bila kita tak tegur, kita sama2 'tong' @ share dosa mereka, total up dosa kita yang terdahulu lagi belum dikira..

Im been hated at my workplace because of this. Tapi I dont really mind it at all. Aku tegur kerana aku mahu diri aku juga sama2 berubah, aku tegur kerana aku takut akan hukum Allah, aku tegur kerana aku rasa aku sayang saudara seIslamku itu.

Tapi oleh kerana teguranku juga itu, aku dijangkakan akan bekerja hingga hujung bulan Ogos ni sahaja. Ok, takpelah. Andai rezekiku di sana sampai takat itu, aku terima. Aku tak marah kerana ruang rezekiku sampai setakat itu sahaja, aku cuma marah bila kuasa yang mereka ada disalahgunakan untuk kepentingan sendiri.

Di tempat kerjaku ada pelbagai ragam buruk Melayu yang boleh dilihat. Makan dikala Ramadhan, tikam belakang, depan kita angle belakang kita demon, suka mengarah orang bawahan sesuka hati dan memaki hamun macam dia owner company tersebut. Itu belum lagi yang memanggil pekerja bawahan mereka dengan nama2 yang tak senonoh.

Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan keadaan begini. Aku rasa loser sangat bila cuma boleh melihat keadaan begini berlaku depan mata. Hendak aja aku tempikkan pada si Melayu itu supaya mereka meminta maaf pada orang yang mereka sakitkan hati.

Mungkin ya aku memang loser. Aku hanya boleh lihat sahaja keadaan itu berlaku. Semuanya kerana RM6/jam. Kami telan, and we pretend and tends not to remember it at all. Bak kata orang bawahan sepertiku yang lain, kita ni macai je. Macai kena ikut sahaja apa jua arahan. Ya, memanglah macai. Tapi macai2 pon kena ada rasa harga diri tinggi, kan?

Usia begini aku rasakan aku agak lambat untuk melalui pengalaman2 begini. Culture shock mungkin. Bertuah juga kerana aku tak kenal rapat mana pon dengan budak sekerjaku. Less close, less feel hearted, and surely less talks too, right guys?

Im rebelling, but only in my heart. Aku cuma mengharapkan Yang Maha Berkuasa sahaja yang membalas segala perbuatan mereka itu.

Memang direct dan laser entry kali ini. Luahan perasaan kerana bukan tertekan penat bekerja, tapi penat bekerja dengan orang2 yang yang seperti itu.

All righty, end of luah muah rasa hati.. Semalam (26th August 2010) my 1st surat lawyer. Uwah encik lawyer, apekah ini? Men tuduh2 aku tak bayar dwet pinjam belajar. Uih.. Musykel saye. Balik2 terus dapat surat sebegini boleh rosaklah jantung saye wahai tuan loyer, huu~ Takpe, we have so much time next month to meet together and maybe we can have a date, hows dat sounds to u? ( Adooi, parah betol dah minda aku nih -_-")

Also rindu my The Det's KakiLepak.. Saye tak buleh keluar malam, anda pahamkan kenapa, huu~ Lagipun amma sama appa risau saye belik lewat. Nati saye kena leter sama diworang :(

Ramadhan, cepat juge berlalu. Its really nice when you still here, around with us. Umat Islam nampak kuat ketika mereka solat berjemaah di masjid/surau. Umat Islam juga nampak kuat ketika di bulan puasa. Without eating and drinking Muslims still can do things like the other months. Tapi, bila ada umat itu yang memain mainkan perkara perkara berkenaan, Islam itu mula nampak rapuh di mata bukan Islam. Mula hilang respect dan kita dijadikan bahan ketawaan mereka. Happen obviously in front me. Doa tak memadai tanpa actions. Moga diberikan kekuatan untuk kita semua mengharungi apa jua cabaran yang mendatang. Maha Kasih Allah pada kita hambaNya ini..

End of entry. Moga entry kali ini Encik Azmi Zulkarnain suka. Yer, belog ni memang bosan pon, kerana penulisnya pon orang yang bosan, hmmmmm .... hehee ;) Jangan lupa niat, okey papai alls.. Salam Ramadhan ^,^

No comments: