Tuesday, September 1, 2009

Harap Tak Terlambat..


Bangun pagi2 terus ngadap lappy yg semakin kronik ke'slow'annya. Sesuatu tercetus di minda saye, memikirkan tentang mimpi yang dialami malam tadi.
Risau+takot (sukar nak ceritakan kronologi mimpi tersebut sebab mimpi tu melompat2 dari satu scene ke satu scene yang len,huu~)

Erm, senang ceritanya beginilah. Saye sangat risaukan halatuju hidup sekarang ni. Kemahuan mahu meneruskan kehidupan di kampus seperti sudah terhakis. Saye anak sulung. At this moment, family mengalami masalah ekonomi di mana income bulanan tidaklah sebanyak (dulu tidaklah banyak sangat tapi lepaslah untuk saye dapat duit poket untuk shopping tiap2 bulan) dan se'constant dahulu. Adik2 masih lagi di alam pengajian. Yang kedua di UiTM masih berbaki 4sem dan bercita2 mahu meneruskan pengajian sehingga peringkat ijazah sarjana manakala ke-3 & ke-4 (kembar) akan menduduki PMR tahun ini. Sudah ditanamkan dalam hati ini sejak si kembar lahir untuk memastikan kesemua adik2 saye berjaye masuk ke IPT. Impian ayah untuk melihat saya buat master mungkin tidak @ mungkin lambat ditunaikan (maaf ayah..).

Sudah lama diri ini bermonolog sendiri, berkira2 untuk menangguh pengajian, mahu bekerja demi menolong ibu ayah. Hasrat pernah dinyatakan kepada ibu tapi ditentang sekeras-kerasnya oleh ibu. Diri & hati konflik, memberontak kadangkala. Dineutralkan dengan cara mengadu pada sesiapa sahaja yang terdekat.

Mengadu pon satu halnya juga. Mengadu ketika itu cuma untuk meluahkan apa dirasa. Pendengar pengadu menyampaikan kepada beberapa rakannya dalam versi pendengar pengadu sendiri. Lama- kelamaan beberapa orang yang tak pernah rapat dengan diri pengadu pon boleh tahu cerita. Hates these sort of peoples sometimes *sigh*

Berbalik kepada hal mimpi tadi. Saye bermohon kepadaNya supaya diberikan kesempatan untuk diri ini untuk menyempurnakan segala impian dan harapan kelurga ke atas saye. Yer, saye mmg lambat serba serbi. But because of I still have the will to achieve like others has achieve (even I might late 2-3 years back then) Ive oftenly said to myself just get through all this patiently. Because the time for me sooner or later will come too.

Mood sedikit tak stabil ketika entry ditaip. Mood ini menyebabkan si penaip yang masih tak mandi2 dan rasa tak mahu pergi ke kelas pukul 12tghr nanti (tapi xbole skip sebab lecturer nak bgtawu ape yang kua untuk midsem jumaat ni huu~). Ketika entry ini ditulis juga, diri ini seperti tidak memikirkan persepsi orang yang akan membaca entry yang boleh dikatakan sedikit telus (itupun kalau ada orang nak bacalah).

Untuk masa ini, sungguh mahukan diri ini menjadi sabar, kuat hati dan semakin matang hari ke hari. Erm, kedatangan Ramadan kali ini agak mengembirakan. Tak pastilah kenapa,huhu.. Semoga apa yang diamalkan ketika Ramadhan kali ini akan berpanjangan sehinggalah bulan2 yang seterusnya, insyaAllah.

Last not least, i luv my lil' c's (even I never convey infront of them) & we, the Ruslis' will make sure even in this sort of situation we still can get through it. And may those 'bigmouth' will become small (haha,bongek nyer english).

Salam Ramadhan untuk semua (.^,^.)

Next : DigiCam, Beary Bear, Baju Raya, Kuih Raya, Pet Society, FarmVille ;)

3 comments:

kdee said...

sabar ek...dugaan di bulan ramadhan..dugaan utk naikan darjat tu..sabar byk2 k

sYiEra said...

wah..panjng cite..lama juge aku membacanye..huh..neway aku kah 'bigmouth' itu..haha..wutever wut people do or say to you..the choice its in your hand...tpi sbg kawan ko yg bosan melihat muke ko stiap ari..heh..'suddenly'..cekal dan tabahkan ati tuk truskan ur study sampai grad..i know u can do it my dear..sgt sayang klu ko brenti setengah jalan..smoga ko berjaya dunia dan akhirat..amin..

SyakieraRusli said...

kak kdee:hm,mungkin kak.tq nasehat.syg kak kdee :)

syiromi:huhu,sape2lah trase die tu bigmouth.aku pon bigmouth juge huhu~..yer,insyaAllah.xkn patah smgt.kadang2 smgt jatuh biler ader dugaan yg kecil datang,dah mengaduh,dah mengeluh..haih~(mengeluh lagi) neway,tq my dearie besfren dari dajah 3 huhu~ ;)