Wednesday, July 13, 2011

Berkerja- kerjaan

Pernah ade mase tu aku nak padam jer akaun blog aku nih. Cam takde fungsi jer dah. Lagipon aku banyak merapuan di sini. Makanya objektip utama nak mencoret2 di sini tak tercapai. Syabas betey..

Ape yang membuatkan aku terpanggil nak ceconteng di sini semula sebab nak share sperkara dua menarik yg terjadi pada diri ini, haha :P Antaranya, experience kerja aku. Weyh, cakap tang keje ni mmg sensitip seyh. Sedikit sebanyak experience kerja nilah yang membentuk diri aku di saat ni, hehh~

Kerja part-time yg macam full time di Convention Centre Kelumpo (KLCC) sebagai kitchen crew (disamping carik nahas pi takpi kelas yg tak habih2) sepanjang tahun lepas menemukan aku denagn kepelbagain umat Muhammad serta variasi attitude hamba2Nya yang lain. Aku memang tak baik mane pon, jahat gak tapi aku kekadang takley gak tahan dengan hamba2 seagama aku yang suke memburuk2kan orang len. Ish, payah doe cmni. Kalo kerja perfect @ pon kite ni mmg perfect takpelah mengate gtu, kot. Inikan pula junjungan kita sendiri tidak pernah nak mengata pasal orang lain. Lagi satu yang kaki melaga2kan orang. Talam 2 muka lebih tepat. Last2 nama dia jugak buruk sebab berperangai kurang senonoh mcm tu. Aku bukan ape, boley katekan budak, antara yang muda kerja di situ. Mereka yang lebih tua dari aku tu dah menunjukkan satu situasi @ contoh yg tak baik pada aku. Hoish, payah gak aku nak menepis dari mendengar2 umpatan sume tu. Siyes !! Pernah dikatakan aku kera sumbang, sombong wtsoever semata2 aku mengelak tiap kali aku tak join dorang ngumpat. Haa, tak nyesal pon. Aku cume kesiankan diri memasing sbb tak tahu bile masetah nak berubah walopon pada tahap umor 'kubor kate mari, umah kate berambus ko dari sini'.. Kasar plak kan entri kali ni, sory ler. Aku teremosi & tergeram sket huu..

Walopon cam byk jer perkara negatif aku lalui tapi boley tahan byk jugak perkara baik yang aku pelajari. Example, skill memasak aku cam makin terel, wahaha.. Siap ader byk kali gak la aku kene test ngn sorang chef tu nak wat cream soup western. Muke kondifen takley blah masetu. Selain tu, aku jumpe 'beberapa' orang yg baik. Maksud baik di sini ialah, orang yang jaga solatnya, byk bagi nasehat berkaitan agama, kehidupan, kerja etc.. Appreciate setinggi langit aku kepada orang2 cmni. But still, aku masih baik dengan sume orang, selagi orang tu berbaik dengan aku dan tak carik pasal buruk2kan hal aku aku ok jah. Tapi pengajaran dan peringatan pada diri aku sendiri untuk lebih berhati2 dengan ape yang aku katakan, @ bercakap dengan orang lain. Whatever it is, I'll cherish evry single things happen on me here. Tq western kitchen, hehe :)

Pastu dari donia culinary aku terjun parachute ke dunia perguruan. Ni lagi takley blah, haha.. Dua bulan contract ganti cekgu pregnant. Paling best setakat ni. Cuma sbb takde latihan khusus yang diberikan jadi aku kena byk sgt bertanya, fikir sendiri, dan belajar buat decision yg paling seswai untuk semua. Di sekolah ni lah aku belajar cmne nak kawal marah (paling penting,huu~), jadik lebih penyabar, jadik seorang yg kelakar, tegas, dll. Weh, multitask sbena nyer jadik cekgu nih. Tu belom lagi jadi orang tengah selesaikan grup2 budak bergaduh. Budak laki gado senang nak setel, yg pompuan bergaduh kadang2 susah nak setel, huu~

Apa yang paling menggembirakan hati aku sbg guru 2 bulan dorang adalah bila dorang wat spelling test dapat lebih 70% betol, wuu~ Sebelom aku habis kontrak takde pape exm lagi, so untuk prepare dorang denagn exm paper aku kne slalu wat homework ala2 exm utk mereka. IDK why, awatla budak laki ni susah betol nak wat h/work? Membare jer rase, seb bek anak org, kok anak sndri aku tak tau la ape naseb, haha.. But still, bile jadik cekgu ni, timbul satu minat dan cita2 yang tak pernah terpikir aku nak wat, which is being a teacher !!! Mintak dah segala permohonan perguruan, tinggal dapat tak dapat jawapan je skrg ni. Doakan saye semua orang !!! Hee :D

Habih kontrak, aku di ofer jadi Project Exec di Msian Tourism Book of Record. Macam gempak jer kan name company aku nih, haha.. Aku takmo citer byk pasal company ni. Aku resign ke tak resign pon same jer **nada ala2 geram sket** Pokoknya, aku belajar jumpa clients pelbagai kaum, perangai dan songeh, which is really new & gud experience for me I believe. Aku belajar mcm mane nak encounter soalan2 dari clients, how to handle peoples etc. 4 bulan kerja, bukan kerja sales jer aku bwat, admin, secretary *ahaks* dan design layout jugaklah sket2. So, it was like all-in-one. Aku pon byk dibantu oleh kawan2 yang aku ajak join company ni, so a deeply thankyou for them. Perit jerih, pahit manis aku simpan elok2 dalam kotak memori 256mb ni, hehh~~ ;)

So kini, aku menganggur kembali. Memula aku carik kerja guna degree yang aku ada. Manjang kne soal awat amik kimia mintak admin, pastu result tak dapat lah. so aku mintak guna SPM jer skrg. Alhamdulillah, byk interview pergi, ada juga yang dapat tapi basic dan jarak menjadi masalah jadi terpaksa tolak dengan berat hati. Beriya2 mintak tapi tak pergi, hmm.. Still waiting for the silver line behind the haze *haha, men bantai jer ko kan* Saye mengharapkan terbaik untuk semua orang dan diri saye. With Allah's will.. Papai ol, salam (.^_^.)

1 comment:

Alepela said...

lor kak,jgn ttp blog kak..sy silent reader..haha..tgh cari kje ke?ajak sy skali k kalw nk g post resume,XD